Toy Bow And Arrow (Stem)

16 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat toy bow and arrow. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya, mereka diberi bimbingan membuat arrow yang menggunakan beberapa bahan seperti getah, popstick, gunting dan lain-lain. Dengan adanya bahan yang cukup lengkap, peserta dapat menghasilkan arrow bow yang memuaskan seperti dalam youtube. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali